Tuesday, 20 December 2011

Seorang hamba Allah yg tertanya-tanya apa yang akan berlaku selepas ini?

   Soalan ini timbul selepas Zafri hilang ingatan beberapa bulan.Sebelum dia hilang ingatan,dia adalah seorang yang tersasar dari jalan yang benar.Zafri seorang yang suka menghisap ganja,minum minuman yang keras,bermain judi dan tidak pernah bersembahyang.
 
   Pada suatu ketika,dia telah terlibat dalam kemalangan jalan raya kerana dia menunggang motorsikal dalam keadaan mabuk dan melanggar lampu merah sehingga sebuah kereta dari arah yang lain langgar dia.Zafri disegerakan ke hospital yang berdekatan.Dia terselamat tetapi beliau koma akibat hentakkan yang kuat pada kepalanya.                                


   Selama dua bulan Zafri koma di hospital,dengan izin Allah S.W.T memberi peluang yang kedua untuk menebus semua dosa-dosa dia tetapi dalam keadaan yang lain.Dia telah hilang ingatan sehingga saudara dia Yusuf sendiri juga dia tidak mengenali.Yusuf seorang guru sekolah yang mengajar Agama Islam Moral telah menjelaskan bil rawatan hospital untuk dia.


   Yusuf menunjukan kesemua gambar Zafri bersama Yusuf sambil bertanya,"Zafri ingat tak gambar ini?".Soalan ini diulang oleh dia setiap kali dia menunjuk satu per satu gambar Zafri dengan dia.Zafri hanya mampu mengeleng kepalanya ke kanan dan ke kiri.


   Pada keesokan harinya,Yusuf membawa Zafri ke satu tempat yang mempunyai kenangan manis antara keluarga dia dengan Zafri.Yusuf menceritakan kenapa dia membawa Zafri ke tempat itu tetapi dua orang lelaki berbadan tegap,berpakaian ketat dan lengan bertato berjalan kearah mereka dan berkata "Berhenti jangan bergerak!!!".Salah seorang dari pada mereka berkata"Hoi!Zaf!!,lu tak bayar hutang gua lagi,apa cer!?.
Zafri kata"hutang apa?...aku tak tau apa-apa pun...?".Selepas itu Yusuf berkatya "tak apa,saya akan bayar semua hutang dia." lalu mereka berdua pun pergi dan Yusuf membawa Zafri pulang ke rumah.


   Setelah tiga hari kemudian,Yusuf pergi ke sekolah untuk mengajar manakala Zafri duduk di rumah.Selepas Zafri makan tengah hari,postman datang dan memberi beberapa pucuk suran dan tiba-tiba dia terjumpa sepucuk surat tertera nama dia lalu dia membukanya.Zafri terkejut kerana dia dikenakan saman atas kesalahan melanggar lampu merah,menuggang motorsikal tanpa lesen dan menuggang motorsikal dalam keadaan mabuk.


   Apabila Yusuf pulang ke rumah dia terus menujukkan surat itu dan tanya siapa diri dia sebernar.Yusuf pun memberitahu bahawa dia orang yang tidak pernah bersembahyang,selalu minum arak,menghisap ganja dan kaki judi.Setelah dia mendengar semua penjelasan Yusuf,dia terus terduduk sambil menanggis.Dari saat itulah dia mula tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada diri dia sebernar setelah dia melakukan perbuatan yang mungkar itu.


   Zafri membuat keputusan untuk berubah dan ingin menjadi seperti saudaranya,Yusuf.Dia berjanji akan turut semua perintah Allah.Dia mula mengikut semua perkara yang baik Yusuf buat.Yusuf menghantar dia ke tempat pengajian agama islam yang lebih tinggi supaya menjadi lebih baik dan mendapat ilmu yang lebih luas tetapi dia terpaksa masuk asrama kerana Yusuf tidak mampu lagi menaggungnya dan dia meneriam tawaran tersebut.


   Setelah tiga tahun berlajar di sana,akhirnya Zafri menerima anugerah pelajar cemerlang dan mendapat tawaran menjadi Ustaz di sebuah sekolah yang bertaraf tinggi.Dia segera menelifon Yusuf untuk memberitahu khabar gembira ini tetapi Yusuf tak menjawab.Dia tidak sedih kerana dia masih ada peluang untuk memberitahu Yusuf bila sampai disana.Secara tiba-tiba Yusuf menelifonya dan dia memberitahu berita baik tersebut dan Yusuf sangat gembira mendengarnya dan Yusuf berkata"Alhamdullillah,akhirnya saya dapat pun jawapan kamu pada waktu dahulu,"apa yang akan berlaku selepas ini pada diri kamu sendiri?"dan inilah jawapanya,ingat pesan ini kalau apa-apa yang terjadi kepada saya jangan berubah dan teruskan hidup kamu...ingat tu.".Zafri pun terkejut dan x mampu berkata apa-apa.


   Pada keesokan harinya,Zafri bertolak pulang ke rumah Yusuf dengan hatinya yang gembira.Selama tiga jam perjalanan akhirnya sampai di rumah Yusuf tetapi rumahnya dipenuhi orang ramai.Dia terus berlari ke arah sana dan masuk ke dalam rumah.Rupa-rupanya,Yusuf telah meniggal dunia malam semalam tetapi dia tidak dapat menerima dan tak percaya bahawa Yusuf meniggal dunia kerana malam semalamlah dia berbual dengan Yusuf.Bila dia ternampak jasad saudaranya,Yusuf terbaring atas tikar dan dikapan dengan kain yang berwarna putih bersih,dia terus menanggis lalu teringat dengan kata-kata Yusuf semalam dan dia berjanji akan pegang semua kata-kata saudaranya,Yusuf.


NAMA WATAK-WATAK DALAM CERITA INI  DITUKAR DAN TOLONG BACA DENGAN TELITI


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA
(Inalilahwainalilahhirojingu...)

   

No comments:

Post a Comment